1.0
Pengenalan
Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu
lama yang terdiri daripada dua baris serangkap.
Perkataan ‘Gurindam’ berasal daripada Bahasa Sanskrit menerusi Bahasa
Tamil (India), iaitu ‘Kirindam’ yang membawa maksud perumpamaan. Gurindam
adalah kata-kata mutiara yang berbentuk puisi yang umumnya berupa nasihat.
Peranan atau fungsi gurindam dalam masyarakat Melayu, iaitu sebagai tujuan
didikan, hiburan, gambaran masyarakat Melayu lama dan digunakan dalam majlis
formal.
Antara
gurindam yang terkenal pada zaman dahulu ialah Gurindam 12. Gurindam 12
merupakan sekumpulan syair yang diciptakan oleh Raja Ali Haji yang merupakan
Sasterawan Melayu pada awal abad ke-19. Raja
Ali Haji merupakan seorang ulama, ahli sejarah serta tokoh yang terkenal dalam
arena bahasa. Nama sebenar beliau ialah Raja Ali Haji bin Raja Ahmad dan
beliau dilahirkan pada tahun 1808 Masihi di Pusat Kesultanan Riau-Lingga, Pulau
Penyengat yang merupakan kawasan pentadbiran keluarga beliau sendiri. Selain
daripada Gurindam 12, terdapat puisi-puisi lain yang dihasilkan oleh beliau,
iaitu Inilah Ikat-ikatan Dua Belas Puji, Syair Hukum Faraid, Syair Suluh
Pegawai, Syair Gemala Mastika Alam, Syair Nasihat (Thamarat al-Muhimmah), Syair
Siti Sianah, Syair Gemala Mestika Alam dan Syair Sultan Abdul
Muluk.
Tujuan Raja Ali Haji mencipta gurindam ini sebagai mas kahwin untuk diberikan
kepada Engku Puteri Hamidah yang tinggal di Pulau Penyengat. Mas kahwin ini
dipahatkan di batu marmar sebagai bukti rasa cintanya. Karya ini dikenali sebagai Gurindam 12
kerana mengandungi 12 fasal. Gurindam ini dikategorikan sebagai puisi didaktik
kerana mempunyai nasihat dan petunjuk menuju hidup yang diredhai Allah.
2.0
Falsafah dan Pemikiran
Falsafah dalam
Mohd Rashid Md Idris (2014) bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran. Secara
umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran.
Terdapat bidang falsafah yang diberi penekanan ialah etika, metafizika,
sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi, politik, dan logik. Pemikiran pula bermula
dengan idea, yang kemudiannya dimatangkan pengarang menjadi subjek, akhirnya ia
menjadi buah-buah fikiran yang bernas dan signifikan.
2.1
Falsafah
2.1.1
Falsafah Etika
Gurindam 12 fasal pertama
ini mengandungi unsur falsafah etika yang pemikirannya tentang moral,
pendidikan dan pengajaran. Hal ini demikian kerana, gurindam ini menerangkan nasihat tentang keagamaan yang menyatakan
bahawa setiap manusia harus memiliki agama kerana agama sangat penting dalam
kehidupan manusia manakala orang yang tidak memiliki agama maka ia tiada
pegangan hidup. Hal ini diibaratkan seperti rumah tidak bertiang, maka
robohlah.
Orang yang mengenal Allah S.W.T perlu melaksanakan
perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebagai pengajarannya, kita
hidup di dunia hanyalah sementara dan segala amalan manusia
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Petikan di bawah ini merupakan gurindam
fasal pertama:
Satu
Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
Barang siapa mengenal akhirat,
Tahulah ia dunia mudarat.
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
Barang siapa mengenal akhirat,
Tahulah ia dunia mudarat.
2.1.2 Falsafah Sosial
Fasal ketiga
dan keempat Gurindam 12 mengandungi makna tentang budi pekerti dan tabiat yang
mulia, sememangnya berkaitan dengan falsafah sosial yang memberikan gambaran
kehidupan realiti manusia yang kontekstual.
Pengarang menyatakan sebagai
orang Islam, kita perlu menggunakan mata dengan sebaik-baiknya dan tidak
melihat apa-apa yang dilarang oleh Allah S.W.T, telinga pula dijauhkan daripada
mendengar segala hasutan, jangan mengambil barang yang bukan hak kita serta
menjaga kelakuan dan kata-kata dengan sebaik-baiknya. Masyarakat Islam perlu
mengamalkan cara hidup yang bercorak keislaman dengan mengamalkan segala
suruhan-Nya dan menjauhi segala Larangan-Nya. Berikut merupakan fasal ketiga
dan keempat yang dipetik daripada Gurindam 12:
Tiga
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Niscaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fi’il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Niscaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fi’il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Empat
Hati itu kerajaan di dalam tubuh,
Jikalau zalim segala anggota tubuh pun rubuh.
Apabila dengki sudah bertanah,
Datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
Di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
Nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikit pun berbuat bohong,
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.
Tanda orang yang amat celaka,
Aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
Itulah perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
Janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
Mulutnya itu umpama ketor.
Di mana tahu salah diri,
Jika tidak orang lain yang berperi.
Jikalau zalim segala anggota tubuh pun rubuh.
Apabila dengki sudah bertanah,
Datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
Di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
Nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikit pun berbuat bohong,
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.
Tanda orang yang amat celaka,
Aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
Itulah perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
Janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
Mulutnya itu umpama ketor.
Di mana tahu salah diri,
Jika tidak orang lain yang berperi.
2.1.3 Falsafah Politik
Gurindam 12 ini juga mengandungi falsafah politik yang menyentuh
hal yang berkaitan dengan sikap pemerintah khususnya ciri-ciri yang perlu ada
dalam diri seorang raja. Gurindam ini mempunyai nasihat kepada para pemimpin
agar menghindari tindakan yang tercela, berusaha dalam melakukan tugas serta
tidak khianat. Struktur falsafah politik dalam Gurindam 12, iaitu raja tidak
memerintah secara mutlak tetapi raja mendapatkan nasihat daripada menteri demi
kepentingan rakyat. Oleh itu, raja dan menteri perlu menjaga hubungan mereka
dengan baik dan harus bekerjasama untuk memerintah negara.
Seterusnya,
raja yang baik atau raja yang mendapat petunjuk dari Allah merupakan raja yang
adil terhadap rakyatnya. Oleh itu, raja perlulah bersikap adil kepada rakyat
terutama dalam melaksanakan sesuatu hukum mestilah mengikut hak asasi manusia.
Antara beberapa fasal yang mengandungi falsafah politik:
Sebelas
Hendaklah berjasa,
Kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
Buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
Buanglah khianat.
Hendak marah,
Dahulukan hujjah.
Hendak dimalui,
Jangan memalui.
Hendak ramai,
Murahkan perangai.
Kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
Buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
Buanglah khianat.
Hendak marah,
Dahulukan hujjah.
Hendak dimalui,
Jangan memalui.
Hendak ramai,
Murahkan perangai.
Dua belas
Raja mufakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.
Hukum ‘adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh ‘inayat.
Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
Itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
Kepada hati yang tidak buta.
Seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.
Hukum ‘adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh ‘inayat.
Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
Itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
Kepada hati yang tidak buta.
2.2 Pemikiran dalam Gurindam 12
Pengarang
mencipta Gurindam 12 ini pada hakikatnya merupakan cerminan, perasaan,
pengalaman, dan pemikiran yang berkaitan dengan hubungannya dengan hidup dan
kehidupan manusia di dunia ini.
Dalam
gurindam ini juga pengarang mengungkapkan pemikiran dan cita-cita keagamaannya
yang pada dasarnya mempunyai perkaitan dengan sumber gurindam sebagai karya
sastera, iaitu bidang agama. Hal ini boleh dikatakan agama Islam dijadikan
sebagai sumber ilham untuk mencipta gurindam tersebut kerana agama Islam
mengandungi nilai-nilai Islam yang menjadi petunjuk jalan bagi umat Islam.
Pengarang juga mementingkan agama
untuk dipegang oleh seseorang. Hal ini demikian kerana, hanya orang-orang
beragama sahaja namanya wajar disebut-sebut oleh orang lain. Tujuan gurindam
ini dicipta untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat yang beragama Islam
tentang betapa pentingnya agama dalam kehidupan untuk mendapatkan keredhaan
Allah.
3.0
Kepengarangan dan Estetika
Kepengarangan dianalisis daripada aspek keperibadian yang dicapai
oleh pengarang. Keperibadian dalam Mohd Rashid Md Idris (2014) merupakan kemuncak kejayaan seseorang
pengarang. Prinsip keperibadian merupakan klimaks dalam perjuangan seseorang
pengarang, ia harus berusaha untuk membina teks yang unggul dalam mencipta
sifat keperibadian masing-masing. Estetik pula rasa keindahan, keseronokan,
kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta penikmatan
yang mempesonakan atau penglihatan yang memukau, yang cepat menawan perasaan
dan terpahat dalam pemikiran.
3.1
Kepengarangan
3.1.1
Kepengarangan Raja Ali Haji
Raja Ali Haji terkenal sebagai seorang sasterawan di Kepulauan Riau
dan pada masa yang sama diakui sebagai salah seorang Pahlawan Nasional. Gurindam
12 ini bertemakan nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti
yang meletakkan Raja Ali Haji sebagai penulis yang berpegang teguh kepada
ajaran Islam. Hal ini demikian kerana, beliau menerapkan nasihat yang bercorak keislaman
dalam Gurindam 12. Gurindam 12 ini juga membahaskan tentang persoalan akidah dan tasawuf,
syariat Islam, rukun Islam, budi pekerti atau akhlak serta konsep pemerintahan.
Beliau juga banyak menggunakan bahasa Arab seperti perkataan
‘makrifat’. Raja Ali Haji menulis gurindam ini seolah-olah pembaca memahami
perkara yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, beliau menulis dalam fasal 1
yang dipetik daripada Gurindam 12 “Barang siapa mengenal yang empat” tetapi
beliau tidak memberikan penerangan berkenaan empat perkara yang hendak
disebutkan itu.
3.2 Estetika
3.2.1 Penstrukturan Gurindam 12
Gurindam 12 merupakan sekumpulan syair yang diciptakan oleh Raja
Ali Haji. Beliau memilih tema dan persoalan gurindam berdasarkan unsur
keagamaan. Rangkap dalam setiap fasal gurindam mempunyai dua baris atau
beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris ke baris membawa makna yang
lengkap dan saling berkaitan antara baris pertama dengan baris yang berikutnya.
Baris pertama dikenali sebagai soalan dan baris kedua pula sebagai jawapan.
Kata-kata yang
terdapat dalam gurindam tersebut sememangnya berupa nasihat yang sangat berguna
dan bersifat universal bagi masyarakat, khususnya masyarakat di tempat kediaman
Raja Ali Haji, iaitu masyarakat Melayu. Hal
ini berkemungkinan pada masa itu ajaran Islam mendominasi dalam
kehidupan bermasyarakat di kebudayaan Melayu serta melancarkan proses
pengislaman di wilayah tersebut terutamanya Kepulauan Riau.
Gurindam 12 ini juga terdiri daripada rima akhir aa dan setiap
rangkap hanya terdiri daripada dua baris sahaja. Daripada aspek bilangan
perkataan pula, setiap baris dalam gurindam ini hanya terdiri daripada dua
hingga enam perkataan.
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, Gurindam 12 mempunyai kekuatan yang tersendiri
melalui aspek falsafah, pemikiran, estetika dan kepengarangan. Gurindam ini
sangat terkenal dan dijadikan salah satu
puisi dalam Antologi Puisi Tingkatan 4. Hal ini demikian kerana,
gurindam tersebut sesuai dijadikan bahan bacaan untuk pelajar kerana
mengandungi unsur-unsur nasihat yang berguna kepada masyarakat terutamanya
pelajar.
Raja Ali Haji juga salah seorang tokoh karya
agung unggul kerana telah banyak menyumbang dalam dunia penulisan. Karyanya
merangkumi pelbagai bidang, iaitu keagamaan, kesusasteraan, bahasa dan
sebagainya. Beliau menghasilkan karya melalui pemerhatian terhadap alam
sekeliling supaya masyarakat mengambil pengajaran daripada hasil karya yang
dihasilkan olehnya.
No comments:
Post a Comment